Follow Dashboard
Tokens?

TITLE; Bumi akan bergelap?
Saturday, 22 December 2012 | 3:57 am | 0 comments

Bumi bergelap


Bumi akan bergelap?

Heboh di seluruh dunia mengatakan bumi akan bergelap pada 23,24,dan 25 December 2012 nanti iaitu bersempenaan perayaan hari Krismas. Apakah ini satu bencana atau anugerah yang diberikan Tuhan kepada umat Nya? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.

Menurut NASA

Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.

Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.

Penafian ANGKASA

Itu kata dari pihak NASA. Tetapi di Malaysia, ANGKASA (Agensi Angkasa Negara) menafikan kenyataan NASA tersebut. Artikel di bawah ini saya petik dari Utusan Borneo yang bertarikh 11 November 2012 mengenai penafian pihak ANGKASA bahawa bumi akan bergelap.
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) semalam menafikan laporan blog dan artikel yang mendakwa bumi akan bergelap selama tiga hari mulai 23 Disember ber-ikutan kedudukan bumi, matahari dan pusat Galaksi (Bima Sakti) akan ber-ada pada kedudukan selari.
Di samping itu, laporan itu mendakwa, kedudukan awan-awan debu gelap atau Dark Dust Clouds berhampiran dengan Galaksi boleh menghalang penduduk dunia daripada melihat sebahagian daripada Galaksi, menurut kenyataan akhbar agensi itu yang dikeluarkan di sini semalam.
Menurut kenyataan itu, berikutan senario tersebut, ada yang berpendapat bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari (sejajaran), maka akan berlaku penumpuan daya graviti daripada bumi, matahari dan pusat galaksi sehingga boleh mengakibatkan ke-musnahan alam semesta.
Selain itu, mereka turut mendakwa bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari, di mana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat galaksi, maka bumi akan bergelap.
ANGKASA berkata semua andai-an itu adalah tidak benar kerana pusat galaksi terlalu jauh dari bumi dan matahari iaitu 165 quadrillion batu, jadi kesan tarikan graviti adalah terlalu kecil.
“Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita ke arah pusat Galaksi bukannya menghalang matahari daripada dilihat dari bumi,” menurut agensi itu.
Malah, menurut ANGKASA, terdapat juga video YouTube oleh pihak NASA yang telah disalah guna oleh pihak tertentu yang menunjukkan Pegawai Tabir NASA, Charles F Bolden, Jr memberi penerangan berkenaan persediaan peribadi dan keluarga sekiranya berlaku kecemasan, iaitu merujuk kejadian 911, puting beliung, gempa bumi dan sebagainya.
“Pihak-pihak tertentu telah memanipulasi video tersebut dengan artikel ‘Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012’,” katanya. — Bernama

Banyak spekulasi tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu benarkah bumi akan bergelap?, ini hanyalah jangkaan atau ramalan manusia sahaja, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.


TETAPI BAGI FATIN, HANYA TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI SEGALANYA :')





Old things | New things