Follow Dashboard
Tokens?

TITLE; Ape Maksud Mata Kiri Berkedip-kedip?
Monday, 24 December 2012 | 2:07 am | 0 comments



Hi, assalamualaikum readers semua :>
Semenjak dua tiga hari ini mata kiri Fatin selalu berkedip-kedip. Pelik, tapi Fatin masih tidak menemui jawapan. Hari ini pun dua tiga kali jugak mata kiri Fatin berkedip-kedip lagi. Adakah ia membawa maksud?? Mungkin ada.. tapi tak tahu laa kita akan mempercayai atau tidak. Huh, sungguh tak logik langsung! Secara tak sengaja tadi,, Fatin punya laa search kt "google" tentang akan maksud
'bila mata kiri berkedip-kedip'.. ada orang mengatakan:

Ada orang kata ada orang rindu kat kita, ada jugak yg kata akan jumpa boyfriend nanti, ada jugak yg kata kita akan menangis, ada jgk yg kata belah kanan berita baik, belah kiri berita buruk. Mungkin ianya hanya kebetulan :)


Okay, ni Fatin yg dapat mase search kat "google tadi" : 


Saya juga turut membuat pencarian dalam internet untuk mengetahui punca-punca masalah ini. Saya perolehi beberapa maklumat penting berdasarkan pemahaman saintifik. Maklumat yang menarik ialah nama saintifik untuk penyakit mata bergerak ini ialah "myokymia". Berdasarkan kata-kata pakar masalah ini adalah akibat pergerakan otot di bahagian kelopak mata atas dan kadang-kadang di bahagian kelopak mata bawah bawah . Mata bergerak-gerak ini berkait rapat dengan stress, fatigue, kurang tidur dan overdose minum kopi. Anxiety/depression juga boleh mengakibatkan kepada masalah mata bergerak-gerak ini. Kerisauan yang terlalu tinggi dalam diri kita juga turut menyumbang kepada masalah ini. Faktor personaliti juga turut menyumbang kepada masalah ini.





Old things | New things